last kiss
...wah kaki langit khirmizi, tiba2 aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul2 hidrogen menerejang segala kekusutan yg. membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub,penguin,kambing salji,mee rebus,cendol,koridor,kotak pensil,tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan Aku umpama Shah Rukh Khan dan Anak Mami Jarum yang tidak dapat dipisahkan . Malangny percintaan yg mendapat liputan meluas hingga ke planet Pluto telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedi menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 . Sesungguhnya perpisahan itu berpunca drpd. penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan . Aku seperti tidak percaya dgn ape yg.terjadi . Aku bagaikan bumi yang tergelincir dari orbitnya dan terpelanting ke ruang angkasa,apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahku tersungkur dlm percintaan yg berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap didlm gua yg gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yg bagaikan sembilu. Kondominium cinta yg kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan Satelit MEASAT- 1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dgn abg iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriku ini sememangnya tidak diperlukan lagi . Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual- bual dengan pokok betik utk mengisi masa lapangku. Kadan...